Ahad, 12 Oktober 2014

assalamualaikum..
mesti abg dah lama kan tak bukak blog nih. saya pon dah lama tak update. saya dah mula boleh menerima. saya tahu abg dah bahagia. begitu juga saya. walau kadang-kadang saya jenguk juga masa silam tu untuk menghangatkan kenangan kita, saya sedar yang kita sudah ada takdir yang ditentukan untuk masing-masing. saya jenguk supaya saya tak lupa. saya tak lupa semua kenangan kita. kenangan bersama abg. bia ia tersimpan rapi dalam suatu sudut dalam minda.
abg, hidup lah dengan bahagia. jaga diri abg, sebb abg layak untuk hidup bahagia. abg lelaki yang baik. saya tahu saya tak kan dapat lelaki sebaik abg. tapi saya akan cuba dapatkan lelaki yang melengkapi kekurangan saya. abg... saya rindu :'(

Selasa, 24 Jun 2014

saya hilang satu kawan

Saya tak tau nak luah kat mana. Mungkin sini lebih sesuai. Abg dengar ya. Abg, saya ada kawan baik. Lelaki. Kami rapat dari skolah lagi. Saya syg kawan sya. Tapi sayang sebagai kawan. Die anggap sya mcm adik bradik sendri. Saya pun. Dia kadang2 mesej atau cntact untuk tanya khbar.
Semenjak dua menjak ni dia slalu dtg penang. So slalu call sya, whatsapp.. Tanya buat apa. Free ke tak. Bawak saya kluar mkn. Sebb kmi kawan. N dia lh satu2 nya kwan llki pling dpt tmpt kat hti sya. N dia pun. Tu yg dia kata lh. Lps tu sya slalu bawak kuar kawan sebilik saya skli. Sya knlkan. Igt kn untuk kawan ja lah. Kannn..
Lps tu kawan llki mula add fb kawan pmpuan sya. Mula chat.. Tanya khabar lh.. Tya buat apa lh, dah mkn ke blum ka. N kongsi cerita tntang aktiviti seharian. Mula2 sya rsa tk pa. Mcm okei ja. Tpi lma2 saya sedar yg kawn llki tk ambil berat pasal sya lg. Tk mesej sya lg. Tk call lg.. Sya anggp dia busy.. Tpi.... Dia ada msa msej kawan prempua tu. Whtsapp, call... Abg... Saya rsa sya dh khilngan kawan llki saya tu. Satu hari saya bukk whatsapp kawan saya yg prempuan diam2... Tak tau.. Tpi tetiba trgerak hti nk bukk. Rupanya depa mesej setiap hari. Bila kawan sya yg prmpuan cuba cita pasal saya kawan lki mcm tk mau dgr n bincng pnjag lebar. Abg... Rupanya dlm diam dia seolah tunjuk yg sya bukn nya pnting sgt n prempuan yg kawan sya tu lbih pnting. Lme2 kawan lki tu ckp ngn saya pun kasar. Abg saya mkin rsa yg dia hnya kawan waktu dia nk sya ja. Bila tk prlu dia kawan gn org lain. Sya bukn cmburu tpi hakikatnya saya dh hilang kwan llki skolah saya.  Saya dh jnji dengn diri yg saya akn lbih sndri. Mudah untuk jaga hti. Dia dh ada kawan len. Smpai tk lekang panggl sayang.

Ahad, 25 Mei 2014

Tolong jangan datang. Sebab kalau awak datang saya akan pastikan awak tak kan pergi lagi dari saya.
Tolong jangan dekati saya. Sebab kalau awak dekati saya, saya akan peluk bia awak tak pergi lagi.

Rabu, 7 Mei 2014

Abg, saya tak tahu apa yg saya rsa. Tapi saya nak menangis. Saya sedih, saya nak mak.. Abg.... :(

Sabtu, 3 Mei 2014

ketawa. ubat luka saya...

Ketawa bila baca balik tweet abg kat saya dulu. Sumpah rindu.. Saja ja scroll twitter sampai letihhh.. Sebb nak baca apa yang kita sembang. Haha abg I miss u lah.. :).. Bila baca balik buat saya nak sangat peluk abg sekarang. Love u abg. Tido nyenyak. N please berbahagia. Walaupun abg dengan insan lain. Saya rela. Sebb saya pun terpaksa senyum walau dengan lelaki lain. I miss u alot abg.

Isnin, 21 April 2014

Sedih sangat. Apa lah saya ni. Rasa sangat tak guna. Dah besar, tpi msih blum berbkti untuk org tua. Saya rsa sya belajar ni saya pnting kn diri sendiri. Sepatutnya sya tk pergi belajar tinggi2. Cukup hbis sekolah ja dan duduk kmpung. Kalau mcm tu saya boleh jga mak ngn bapak. Blas jasa mereka, jaga rumah. Tpi tk.. Saya pntingkn diri pergi sambung blajar. Tinggalkan mereka. Tak jaga mereka. Allah.... Menyesal rasanya.... Sepatutnya ni lh masanya saya bersama orang tua. Maafkan saya mak, bapak. Menitis air mata bila cakap dengan mak, bapak dalam tepon tadi. Saya tahu mak kecewa dengan kami semua.  Saya nak jaga mak. Tadi mak cakap ubat dah abis. Tak pergi klinik lagi, tak dak sapa yg bawak.. Mak, andai saya ada kat umah saya bawak mak pergi klinik. Bapak cakap bapak dah bli lauk. Tapi tak dak sapa nak masak.. Saya masak kalau saya ada. Saya bli ubat untuk mak ngn bapak tadi dan terus pos laju. Moga esok sampai. Bapak sabar ya, nnti saya balik saya akn masak. Masa ni bapak mkan kat kedai dulu. Mak cakap tak dak sapa jemur kain yg dah siap basuh. Mak cakap depa kerja, balik kerja pnt tido ja. Mak.. Nnti saya balik saya buat. Lagi dua bulan stengah. Bila saya cuti panjng nanti saya akn uruskn semua.  Allah... Jaga kan orang tua ku. :(

Rabu, 16 April 2014

mungkin ini waktu saya diuji

Ini dugaan. Ya, saya set dalam kepala dan berulang2 kali cakap ini dugaan. Bersyukur masih boleh bernafas walau terima satu lagi berita buruk. Rupanya ada fibroid juga kat belah kanan jugak. Sya ingat kiri ja. Tadi dr check rupanya kedua-dua belah. Mulanya saya tak takut pun. Sebb saya rasa kelenjar biasa. Tapi makin lama dekat dalam klinik payudara tu makin saya takut. Mungkin sebb kakaq sebelah syg. Dia dtg untuk followup breast kanser. Dia ckp jgn ingat yg muda tak kan kena breast knser. Sebb msa dia buat rawatan knser dulu rmai jugak yg muda2, masa tu saya dh berpeluh dengar. Dia ckp lg kalau fibroid biasa yg dibiarkn lma akan jdi knser. Lagi saya tkut. Sebb ketulan kt breast ni dah staun lbih sya kesan.

Tk lma lpas tu dr panggil nma saya. Sya masuk dn duduk. Dia tya sya kluarga ada sejarah kanser tak. Sya rasa tak ada. Sya lega. Sebb dr tu perempuan.  Dia suh nek tas katil. Suh bukak baju dan bra. Saya malu. Tapi nk buat mcam mna. Die check blah kiri. Ade ketulan. Besar. Dia kata keras dan bergerak2. Die check belah kanan. Saya ckap kanan tak ada. Lepas tu die ckp ada jugak. Dia suh sya pgg juga. Ya memang ada. Kemudian die keluar dan suruh saya tunggu kejap. Rupanya die panggil 2 lagi dr. Kali ni lelaki. Sya diam ja. Malu tak tau nk cakap. Seb bek cina. Muda. Rsanya nnti akan jumpa dia lagi...

Kemudian dia suh pkai bju balik. Suh tunggu kt luar. Nnti dia pggil lagi.sebb nk cucuk n amik tisu breast.saya tunggu kt luar.  Bnyk jugk yg turut tunggu giliran nk amik tisu. Yg prtma makcik india. Die kluar muka sakit berair mta. Saya pandang auntie tu. Auntie ckp sakit sangat sebb dr tak bius. Masa tu saya genggam  tepon saya kuat. Takut. Perempuan muda pula msuk lepas tu. Lma juga. Msa dia kluar tetiba trnmpk air mata dia. Dalam hati sya dah tau. Confirm sakit sgt.

  Sejam tunggu, baru dia panggil. Dia suh baring lagi. Dr cina lelaki, dah tua. Sangat baik. Dia ckp lmh lmbut sgt. Die ckp nk amik tisu. Sya ckp okei. Dr cucuk jarum besar kt belah kiri.  Tetiba dalam hati ehh tak sakit pun. Saya tak rasa sakit sangat. Boleh tahan. Saya tahu saya lasak. Tahan sakit. So sya diam dn bertenang ja. Dr ckp lagi yg nak cucuk belah kanan. Msa dia cucuk tak sakit. Lpas tu dia tekan n tekan jarum makin dalam. Masa tu perrrghhhh allah ja tahu sakitnya.  Berair juga mata. Lpas dr tarik jarum dr ckp dpt sikit ja sample belah kanan. Dia ckp nk cucuk skli lg tmpt yg sme.  Saya diam anggung ja. Lg skali dia cucuk. Sama.... Tekan bnyak kali sebn nk dapatkn sample fibroid tuh. Sakit..... Tuhan ja tahu. Dia ckp dia akn bg tarikh operation masa dapat result ujian tisu breast tu nnti. 30 april nnti result kua. Hmmmmmm redha ja lah. Nk buat mcam mna dugaan

Ahad, 13 April 2014

terima

Sakit, tapi apa daya. Kena belajar terima.
Pedih, tapi apa daya. Aku tak mampu putar kembali masa.
Tolong hati. Bina benteng-benteng besi agar kau tak disakiti.
Bina pagar-pagar Agar semuanya tak menyelar.
Bina tembok-tembok batu bia air mata dapat diseka.
Kau juga istimewa seperti insan lain. :')

Khamis, 27 Mac 2014

cincin


Look abg, this is my dream ring :)
Simple but nice, motif saya upload kt sini?? Ehhh bukan nak suh abg belikan, kan saye penah cakap saya akn kongsikan suka duka saya kat sini,  jadi ni lah kegembiraan saya hari. Tetiba ja terpikat kt cincin nih masa skroll twitter saya tadi. Lawa kan?? Cincin nih emas putih, beli mahal tapi tk dal nilai bile jual balik. So cincin nih seswai untuk perkahwinan, sebab ape sebb bila kita terdesak skali pun cincin ni tak kan boleh digadai. Tak laku.. So dengan itu cincin perkahwinan sya akan selamat :)

Rabu, 26 Mac 2014

:')

Alhamdulillah... Masih boleh celik mata hari ni. Masih boleh bernafas lagi. Dan masih boleh meneruskan tanggungjawab yang perlu digalas. Betul kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sakit jugak rasanya bila dapat tahu sesuatu kebenaran yang tak patut saya tahu. Betul kata aishah, kenapa kita perlu menyakitkan diri sendiri?? Bila dah tahu merana juga kan jiwa.. Tak pe, ni dah memang ketentuan, jiwa, kau jadi lah kental, supaya kau boleh terima apa jua kebenaran menyakitkan. Hati, kau jangan lah mati, sebab tak kan kau nak selamanya hidup kau sepi. Mata, please jangan menangis lagi, sebab nanti kolam kau kering.  Dan. aku, sudah2 lah asyik nak membuta ja. Asignment bertimbun dah tu!!

Jumaat, 21 Mac 2014

riduan

Abg, hari ni sya g katering. Kaki sya lenguh sgt ha. Sebb berdiri lma. Nmpk nya mlm ni kna tido dengn ltk bntal jt kaki. Ktenye boleh kurangkn lenguh..

 Tadi sya g ktering kt dewan PDRM kt sungai nibong. Knduriny malam. Tpi kmi dh set up mknan dri kul 5 lagi. Abg nk tau pengantin dia cntik sgt tdi. Bajunya warna merah. Tpi seswai, sb kulit die cerah so mmg lawa sgt bju dia.

Abg, tdi ada bnda yg mnyentuh hati saya. Tdi ada pekerja katering lelaki. Tpi umur dia nmpk muda. Die tk ckp sgt dengan pkerja yg lain. Yg dia thu kerj ja. Die tk curi tulang pun mcm kmi. Kmi suka sembng bila tk dak org. Tpi die msti buat krja lain. Sya try dekati dia nk sembang dengan dia. Tpi dia mcm tk nk ckp sgt. Ckp sepatah2 ja. Saya tanya namanya. Riduan katanya :), saya tanya umur dia. Dia kata tingkatan 3. Masatu. Mata saya mula nk. Berkaca. Tpi sya sorok. Saya sedih tgok dia krja partime msa tingkatan 3. Sepatutnya dia belajar ja.

Saya tnya dia knape kerja. Knape tk bljar je. Die ckp pagi die sekolah. Hujung minggu dia ikut katering. Mmg slalu saya tgok dia ada. Tpi saya ingt die ank pkerja atau apa.  Dia kata dia kna tolong maknya. Ayh nya dh meninggal.  Kakaq aishah akn ajk dia kerja hujung minggu sebb nk bntu dia. Maknya kerja cleaner kt aiport bayan lepas.

Bila dengar cerita nya sya terus trsedar yang saya lbih beruntung daripsda dia.bila pikir2 balik saya tak patut merungut dengan takdir sya sebb  ada orang yg lebih susah, lebih tragik hidupnya, lebih sukar. Tapi tk merungut pun.. Teringat dulu masa tingkatan 3 saya hnya sekolah ja. Dapat hnfon. Dapat mcm2, sedangkn riduan msa tingkatan 3 kna krja  dah sebb nk tolong mak.

Riduan.. Kak ika doakn yg riduan brjaya dalm hidup. Moga hidup riduan berubah dan riduand dapt isteri yg solehah bila besaq nnti,

Khamis, 20 Mac 2014

Hati saya penat lah abg :(

Mungkin saya suka mengalah. Sebab tu saya slalu makan hati. Saya mengalah bukan kerna saya lemah. Tapi memang dari dulu saya begitu. Abg pun kenal saya. Bapak saya pun, kakak2 saya, semua pun begitu. Sebenarnya saya dah nekad lama yang saya nak jadi kuat. Tapi tak berjaya pun. Saya kena ikut ja keputusan org lain walau hati saya tak rela. Padahal saya dah korbankan macam2. Saya bagi kemudahan saya untuk org lain. Tapi apa saya dapat? Bila depa nak marah depa buat muka. Padahal kesalahan saya hanya lambat sikit. Bila waktu saya tunggu depa lama saya tak marah pun. Lagi satu depa suka tipu saya. Saya tahu tapi buat2 tak tahu sebab saya twk suka wujudkan jurang. Tapi saya penat lah abg. Penat nk sorokkan muka sebenar yang saya ni kecil hati dengan sikap dieorg. Saya kena lalui berapa lama lagi. Saya nak habis dengan cepat bia saya tak perlu hadapi dieorg lagi. Dan tunaikan tanggungjawab saya untuk keluarga. Saya rindu mak ngn bapak. :(

Selasa, 18 Mac 2014

Aku Harap ini Mimpi

1
Hempasan ombak di tepi pantai Nakhoda Omar langsung tidak mengusik hati aku, apatah lagi kicauan burung-burung pipit yang berterbangan bebas. Bebas seperti tiada langsung masalah yang membelenggu mereka. Kadang-kadang aku merasa cemburu dengan kehidupan seekor burung, hidup bebas, terbang kemana sahaja yang mereka suka, dapat melihat lakonan di pentas dunia. Sementara aku, hanya mampu melihat dan mengenang kenangan semalam. Ya kenangan semalam, deruan ombak semakin mengingat aku kepada dia, mohd Aril zarkasyah. Lelaki yang mengajar aku untuk bermimpi dan membina impian yang indah. Namun hanya bermimpi, kerana impian itu tidak akan pernah aku capai bersama dia. Dan sekarang aku hanya mampu berharap, berharap agar lelaki yang pernah memiliki sekeping hati yang usang ini kembali dan membawa sinar bahagia dalam hidup ku. Kerana sinar itu telah lama hilang bersama pemergian dirinya. Hanya kenangannya yang menemani aku kian bertahun-tahun. Juga zuriat kami yang aku lahirkan dan besarkan tanpa kehadiran ayahnya. Namun aku yakin, walau sejauh mana Aril pergi, dia tetap tahu yang aku tetap cintakan dia. Dan aku juga yakin yang aku akan terus setia menanti dirinya untuk membina kembali impian kami yang musnah. Hubungan yang terlerai enam tahun dahulu langsung tak pernah mematahkan semangat aku untuk terus mencintai diri nya. Cinta ini terhadap nya tetap hidup walau pun dia hilang tanpa khabar berita.
           
2
Hari ini aku terpaksa menemani makcik ku pergi ke sekolah kemahiran anaknya faris berikutan beliau menerima surat daripada pihak sekolah kerana kelewatan membayar yuran pengajian. Waktu aku lihat maklong membaca surat itu semalam mukanya merah padam. Mungkin geram dengan sikap faris yang tidak bertanggungjawab. Aku dapat mengagak, mesti faris tak membayar yuran pengajian sekolah kemahirannya padahal maklong dah serahkan duit tu kepada dia. Aku mencapai topi kaledar ku dan terus ke rumah maklong. Selepas kematian paklong, maklong lah yang membesarkan tiga orang anak lelakinya yang selalu memberikan pelbagai masalah kepada ibu nya. Fahmi anak sulung pernah ditangkap basah dengan teman wanitanya. Faris pula tak henti-henti meminta wang, bermain permainan komputer, dan merempit bersama rakan-rakannya. Manakala furqan yang bongsu baru berusia 15 tahun pula sering membuat pelbagai masalah disekolah. Dan aku lah yang sering membawa maklong kemana-mana selain daripada anak-anak lelakinya disebabkan maklong tidak pandai memandu dan menunggang sebarang kenderaan. ‘ nanti maklong jumpa faris kat sekolah tu jaga lah dia, ikotkan hati maklong nak je maklong lari dari rumah, malas nak hadapi lagi kerenah anak-anak’.bebel maklong. Aku faham kekecewaan maklong disebabkan sikap anak-anaknya. Setelah sampai di pusat kemahiran giat mara bagan dato, aku meletakan motosikal ku di tempat yang disediakan. Hanya maklong yang pergi ke pejabat. Aku hanya menunggu di tempat letak motosikal kerana malas hendak mengekorinya.
            ‘pewit…’ tiba-tiba aku mendengar suara-suara sumbang dari arah belakang ku. ‘hai cik kak,buat apa tu sorang-sorang, jom lah ikut abang minum-minum kat kedai depan tu, nak tak?’ aku menoleh dengan wajah selamba, ternyata abang saudara ku Faris dan beberapa orang rakan nya . ‘errr malas lah, pi je la wat pe nak ajak-ajak orang’. Balas ku. Kelihatan wajah rakan-rakan faris tersengih seperti kera sumbang. Salah seorang daripada mereka ternyata aku kenali, rosdi. Rosdi pernah bersekolah di sekolah ku.tetapi rosdi sebaya dengan faris, dan mereka telah pun meninggalkan alam persekolahan menengah hampir  4 bulan yang lalu. ‘hai sephia amyza, dah besar lah kau sekarang,kenapa lah aku tak sedar yang kau makin membesar sekarang ye? kalu aku tahu lah adik saudara faris ni dah besar macam anak dara tak payah lah aku susah-susah cari girlfriend,dah tentu-tentu faris sokong kan kalu aku jadi adik saudara ipar dia’seloroh rosdi.  ‘eiii kau rosdi kalu mata kau lebam sebelah kau jangan Tanya aku pasal apa ea’  jawab ku dengan mulut menjuih kepadanya. ‘dah-dah korang tak payah kacau adik saudara aku ni, kang die mengamuk tak pasal-pasal rambut jadi macam singa, haha betol tak fea?’ ‘kau faris lebih baik kau berambus dari sini cepat-cepat sebelum maklong jumpa kau kat sini ,kau nak ke kene tarik telinga kau yang capang tu depan kawan-kawan kau?’ faris berlalu sambil menjelirkan lidah nya tanda marah kepada ku. Tidak lama selepas pemergian faris dan rakan-rakannya. Maklong datang kepada ku sambil mulut nya terkumat kamit menyebut nama faris. ‘nampaknya marah benar maklong pada faris,nasib kau lah labu’ bebel ku didalam hati.
           
3
Ayah hanya menghantar aku di hadapan pintu sekolah. ‘kring!!!!!’ Baru sahaja aku melangkahkan kaki ke dalam pagar sekolah loceng perhimpunan pagi berbunyi. ‘ishhhhh memekak je,aku tahu lah nak pergi perhimpunan pagi,tak payah lah berbunyi sakitkan telinga aku pagi-pagi ni’. Seorang pengawas sekolah berdiri di pintu pagar sekolah sambil tersenyum dan mencatat sesuatu di buku rekod kecilnya. Mungin sudah terbiasa mencatat nama ku Sephia emyza sebagai pelajar tetap yang hadir lewat kesekolah setiap hari. Aku sudah masak dengan teguran pengawas yang sering mengingatkan aku untuk datang awal ke sekolah tetapi aku hanya mendengar nya dengan masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri. ‘eleh,tulis nama aku hari-hari datang lewat pun tapi tak pernah ada tindakan pun, ejek ku didalam hati. Mungkin kerana usia pengawas pagar tersebut lebih muda setahun dan bertubuh cilik berbanding aku, oleh hal yang demikian dia tidak berani untuk menegur ku dengan cara yang lebih tegas.  ‘hey fea kau ni kalu tak datang lewat tak sah kan, tak bermotivasi betul lah kau ni, tgok aku ni awal-awal pagi dah tercongok kat pintu pagar sekolah’. Pekik nina,rakan karib ku sejak sekolah rendah lagi. ‘eleh kau tu datang ke sekolah dengan bas memang lah kau awal,sebab kalau kau lewat kene tinggal lah jawabnya kan, tapi kau tu lagi tak bermotivasi dari aku tahu tak, nota kimia tak pernah siap, kelas kimia pun suka ponteng’ balas ku. Sememang nya nina tidak gemar akan matapelajaran kimia, lebih-lebih lagi dengan guru yang mengajar matalajaran tersebut, teacher Ishwary. Mungkin kerana sifat dan sikap nya yang tegas dan sering memberikan banyak kerja sekolah kepada pelajar-pelajarnya. Dan sekiranya pelajarnya tidak dapat menyiapkan latihan yang diberikanya beliau akan menghukum mereka dengan pelbagai cara yang memalukan juga meletihkan. Aku pernah terlihat nina pernah dihukum kerana tidak menyiapkan latihan beliau, beliau memakaikan nina lipstick berwarna merah terang dan menyuruh nina berjalan mengelilingi kelas senior iaitu pelajar tingkatan enam. ‘ermmmm nasib baiklah aku belajar kimia dengan sir Nazrul’ gumam ku didalam hati’. Nina dan aku berlainan kelas,aku ditetapkan untuk berada di kelas aliran sains pertama manakala nina kelas aliran sains kedua. Namun kami tetap berdua kemana-mana sahaja sehingga ada yang mengatakan kami seperti belangkas. Walaupun kami berlainan kelas, nina sering kekelas ku sekiranya kelasnya tiada guru yang mengajar,begitu juga sebaliknya kerana kelas kami hanya bersebelahan. ‘Nanti wktu rehat teman kan aku jumpa mikail yer fea’?? hari ni tak tahu lah aku kenapa aku tengok mikail tu handsome sangat’. yelah tapi kalau kau jumpa dia lama-lama aku tinggal kau kat situ sorang-sorang’balasku dengan nada berseloroh. Mikail adalah teman lelaki nina yang berlagak macho tetapi aku tengok biasa-biasa aje penampilannya.‘syhhhhhh!!!!’teguran pengawas sekolah membantutkan keinginan ku untuk terus mengusik nina dan menyuruh kami memberi tumpuan terhadap ucapan puan pengetua yang sedang berucap di hadapan perhimpunan.

4

            Setelah menunaikan solat asar seperti biasa aku mencapai topi kaledar ku dan terus mendapatkan motosikal kesayangan ku, ayah yang menghadiahkan motosikal nouvo tersebut disebabkan aku memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dua tahun yang lalu. Ayah tetap memenuhi keinginan ku untuk mendapatkan lesen memandu pada usia ku baru 16 tahun walaupun ibu membangkang. Mungkin ibu khuatir disebabkan aku baru berada di tingkatan empat dan masih muda untuk menunggang motosikal. Lagi pula aku pernah merempuh dinding rumah kerana ingin mencuba memandu kereta ayah. Habis kemik bahagian hadapan kereta ayah dan aku dihukum tidak boleh menonton televisyen selama seminggu kerana cuba memandu kereta ayah tanpa pengetahuannya. Kejadian terbabit sering dijadikan modal kepada kakak-kakak ku Sofea artila dan sofea amina untuk mengusik ku. Deringan telefon bimbit terus mengingatkan aku kepada nina. ‘ fea jom pergi bagan dato, kita lepak kat tepi laut tu,  adalah faedah sikit daripada duduk kat rumah macam tunggul ni’ ‘ha panjang umur kau,aku baru nak gerak pergi rumah kau ni,aku pun bosan juga,kau tunggu kat rumah sat lagi aku datang amik kau’ hampir setiap hari kami akan keluar berdua,berjalan-jalan dengan motosikal tanpa arah,perkara tersebut menjadi rutin harian kami setiap petang,pasti ada saja agenda yang kami rancangkan. Kadang-kadang lucu juga menenangkan sikap kami yang hanya keluar bersiar-siar menunggang motosikal namun mengenyangkan perut kami di rumah kerana kehabisan wang mengisi minyak. ‘nina cuba kau tengok air laut tu,tenangkan?? Aku harap sangat orang yang akan aku kahwini pada masa akan datang kelak setenang air laut ni’ ‘isyhhhhh mana boleh,kau tu sesuai hidup dengan orang yang panas baran sebab kau tu lembut hati, orang kata pasangan hidup mesti lah seseorang yang melengkapi, baru lah aman hidup kau tu nanti.’ ‘ hahaha sejak bile kau reti nasihat orang lain tentang pasangan hidup ni??ha kau tu panas baran so memang sesuailah kau tu dengan mikail kan sebab mikail tu lembut macam sotong hahahaha’ aku ketawa terdekah-dekah mengusik nina. Nina hanya menjuihkan mulutnya kepada ku. Aku sememangnya sangat tertarik dengan laut, bagi aku duduk di tepi laut dan melihat air laut serta pemandangan sekitarnya begitu menenangkan hati ku. Bunyi hempasan air laut ke batuan di tepinya seperti membuai-buai diriku dan aku sering khayal menikmati permandangan tersebut setisp kali aku pergi ke kawasan bagan dato. Aku dan nina sering menghabiskan masa kami melepak di kawasan jeti bagan dato kerana aku sering memaksanya menemankan kan aku kekawasan tersebut. Bunyi pesanan ringkas ditelefon bimbit ku mematikan keinginan ku untuk mencubit mulut nina. ‘hai sofea,boleh berkenalan???’ ‘wey nina ko cube tengok nombor telefon ni, kenal tak??entah sape lah yang mengada-ngada ni, zaman macam gini pun ade lagi ea yang mengorat dengan hantar mesej camni, aku rasa dah lapuk lah, nih kalau tak lelaki skema mesti lelaki bawah umur ni’. Rungut ku….  ‘ ha… tuh lelaki kau yang setenang air laut dah muncul. Bebel Nina sambil tersenyum memandang ku….. Bersambung……

Sabtu, 15 Mac 2014

Izinkan saya untuk terus merindu dan mencinta. Kerna itu lah kekuatan saya. Itu lah nadi saya :)

impian


Sepatutnya kita bahagia bersama. Tak pe lah saya redha. Cinta tak semestinya bersama kan? Cinta tak bermakna memiliki. Tetapi sanggup biarkan org yg kita cinta bahagia dengan pilihan yang lebih baik.  Impian bersama hanya salah satu impian semata-mata.  but I have to go on.. Yesss... Life must go on. Thanks alot for every kenangan yang indah2 tu awak. I miss u :)

Jumaat, 14 Mac 2014

Saya tengah berusaha nih abg :)

abg,
saya sekarang tengah usahakan bisnes online tau.. saya amik suplier baju2 style kat kelantan. mula2 takut nak try. tapi saya tahu ni lah risiko yang perlu saya ambil kalau saya nak berubah. saya kena yakin dengan diri saya untuk tak susahkan lagi mak ngn bapak jugak kakaq-kakaq... saya nak earn income sya sendiri untuk saya survive dibumi penang ni. setakat ni saya baru dapat dua  customer :) tak pa lah. alhamulillah. saya akan terus berusaha ya abg. doakan saya untuk terus kuat dalam menghadapi apa juga keadaan. saya kena tabah walau kadang-kadang saya nak jatuh air mata. saya perlu.... perlu kuat :)

Selasa, 18 Februari 2014

Semester baru... 

Abang, saya dah masuk ke semester baru hari ni. cuba teka semester keberapa, pejam celik pejam celik rupanya dah masuk semester enam. tinggal dua semester ja lagi. tak sangka dah tiga tahun. tinggal setahun ja lagi nak habiskan semua ni. saya tak sanggup nak terusakan sebenarnya, tapi sebb saya sedar saya ada tanggungjawab yang perlu digalas saya kuatkan semangat. saya ada mak ngn bapak yang perlu saya tanggung dan senangkan. saya ada abang yang tidak berkahwin yang akan saya jaga bila dia tua, saya ada kakak yang hancur rumah tangganya sebab salah percaturan mencari pasangan hidup, dan saya ada anak-anak buah yang saya perlu jaga kebajikan mereka. jadi... saya perlu kuat untuk membahagiakan mereka. sebab saya akan galas tanggungjawab untuk menjaga mereka semua. 

abg doakan saya supaya hati saya kuat untuk teruskan kehidupan, doakan saya supaya umur saya panjang dan saya boleh berikan kesenangan untuk mereka semua. dan yang paling penting, doakan saya sentiasa ingat akan tanggungjawab-tanggungjawab saya.

saya rindukan abg :(