1
Hempasan
ombak di tepi pantai Nakhoda Omar langsung tidak mengusik hati aku, apatah lagi
kicauan burung-burung pipit yang berterbangan bebas. Bebas seperti tiada
langsung masalah yang membelenggu mereka. Kadang-kadang aku merasa cemburu
dengan kehidupan seekor burung, hidup bebas, terbang kemana sahaja yang mereka
suka, dapat melihat lakonan di pentas dunia. Sementara aku, hanya mampu melihat
dan mengenang kenangan semalam. Ya kenangan semalam, deruan ombak semakin mengingat
aku kepada dia, mohd Aril zarkasyah. Lelaki yang mengajar aku untuk bermimpi
dan membina impian yang indah. Namun hanya bermimpi, kerana impian itu tidak
akan pernah aku capai bersama dia. Dan sekarang aku hanya mampu berharap,
berharap agar lelaki yang pernah memiliki sekeping hati yang usang ini kembali
dan membawa sinar bahagia dalam hidup ku. Kerana sinar itu telah lama hilang
bersama pemergian dirinya. Hanya kenangannya yang menemani aku kian
bertahun-tahun. Juga zuriat kami yang aku lahirkan dan besarkan tanpa kehadiran
ayahnya. Namun aku yakin, walau sejauh mana Aril pergi, dia tetap tahu yang aku
tetap cintakan dia. Dan aku juga yakin yang aku akan terus setia menanti
dirinya untuk membina kembali impian kami yang musnah. Hubungan yang terlerai
enam tahun dahulu langsung tak pernah mematahkan semangat aku untuk terus
mencintai diri nya. Cinta ini terhadap nya tetap hidup walau pun dia hilang
tanpa khabar berita.
2
Hari
ini aku terpaksa menemani makcik ku pergi ke sekolah kemahiran anaknya faris
berikutan beliau menerima surat daripada pihak sekolah kerana kelewatan
membayar yuran pengajian. Waktu aku lihat maklong membaca surat itu semalam
mukanya merah padam. Mungkin geram dengan sikap faris yang tidak
bertanggungjawab. Aku dapat mengagak, mesti faris tak membayar yuran pengajian
sekolah kemahirannya padahal maklong dah serahkan duit tu kepada dia. Aku mencapai
topi kaledar ku dan terus ke rumah maklong. Selepas kematian paklong, maklong
lah yang membesarkan tiga orang anak lelakinya yang selalu memberikan pelbagai
masalah kepada ibu nya. Fahmi anak sulung pernah ditangkap basah dengan teman
wanitanya. Faris pula tak henti-henti meminta wang, bermain permainan komputer,
dan merempit bersama rakan-rakannya. Manakala furqan yang bongsu baru berusia
15 tahun pula sering membuat pelbagai masalah disekolah. Dan aku lah yang
sering membawa maklong kemana-mana selain daripada anak-anak lelakinya
disebabkan maklong tidak pandai memandu dan menunggang sebarang kenderaan. ‘
nanti maklong jumpa faris kat sekolah tu jaga lah dia, ikotkan hati maklong nak
je maklong lari dari rumah, malas nak hadapi lagi kerenah anak-anak’.bebel
maklong. Aku faham kekecewaan maklong disebabkan sikap anak-anaknya. Setelah
sampai di pusat kemahiran giat mara bagan dato, aku meletakan motosikal ku di
tempat yang disediakan. Hanya maklong yang pergi ke pejabat. Aku hanya menunggu
di tempat letak motosikal kerana malas hendak mengekorinya.
‘pewit…’ tiba-tiba aku mendengar
suara-suara sumbang dari arah belakang ku. ‘hai cik kak,buat apa tu
sorang-sorang, jom lah ikut abang minum-minum kat kedai depan tu, nak tak?’ aku
menoleh dengan wajah selamba, ternyata abang saudara ku Faris dan beberapa
orang rakan nya . ‘errr malas lah, pi je la wat pe nak ajak-ajak orang’. Balas
ku. Kelihatan wajah rakan-rakan faris tersengih seperti kera sumbang. Salah
seorang daripada mereka ternyata aku kenali, rosdi. Rosdi pernah bersekolah di
sekolah ku.tetapi rosdi sebaya dengan faris, dan mereka telah pun meninggalkan
alam persekolahan menengah hampir 4
bulan yang lalu. ‘hai sephia amyza, dah besar lah kau sekarang,kenapa lah aku
tak sedar yang kau makin membesar sekarang ye? kalu aku tahu lah adik saudara
faris ni dah besar macam anak dara tak payah lah aku susah-susah cari girlfriend,dah tentu-tentu faris sokong
kan kalu aku jadi adik saudara ipar dia’seloroh rosdi. ‘eiii kau rosdi kalu mata kau lebam sebelah
kau jangan Tanya aku pasal apa ea’ jawab
ku dengan mulut menjuih kepadanya. ‘dah-dah korang tak payah kacau adik saudara
aku ni, kang die mengamuk tak pasal-pasal rambut jadi macam singa, haha betol
tak fea?’ ‘kau faris lebih baik kau berambus dari sini cepat-cepat sebelum
maklong jumpa kau kat sini ,kau nak ke kene tarik telinga kau yang capang tu
depan kawan-kawan kau?’ faris berlalu sambil menjelirkan lidah nya tanda marah
kepada ku. Tidak lama selepas pemergian faris dan rakan-rakannya. Maklong
datang kepada ku sambil mulut nya terkumat kamit menyebut nama faris.
‘nampaknya marah benar maklong pada faris,nasib kau lah labu’ bebel ku didalam
hati.
3
Ayah
hanya menghantar aku di hadapan pintu sekolah. ‘kring!!!!!’ Baru sahaja aku
melangkahkan kaki ke dalam pagar sekolah loceng perhimpunan pagi berbunyi.
‘ishhhhh memekak je,aku tahu lah nak pergi perhimpunan pagi,tak payah lah
berbunyi sakitkan telinga aku pagi-pagi ni’. Seorang pengawas sekolah berdiri
di pintu pagar sekolah sambil tersenyum dan mencatat sesuatu di buku rekod
kecilnya. Mungin sudah terbiasa mencatat nama ku Sephia emyza sebagai pelajar
tetap yang hadir lewat kesekolah setiap hari. Aku sudah masak dengan teguran pengawas
yang sering mengingatkan aku untuk datang awal ke sekolah tetapi aku hanya
mendengar nya dengan masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri. ‘eleh,tulis
nama aku hari-hari datang lewat pun tapi tak pernah ada tindakan pun, ejek ku
didalam hati. Mungkin kerana usia pengawas pagar tersebut lebih muda setahun
dan bertubuh cilik berbanding aku, oleh hal yang demikian dia tidak berani
untuk menegur ku dengan cara yang lebih tegas.
‘hey fea kau ni kalu tak datang lewat tak sah kan, tak bermotivasi betul
lah kau ni, tgok aku ni awal-awal pagi dah tercongok kat pintu pagar sekolah’.
Pekik nina,rakan karib ku sejak sekolah rendah lagi. ‘eleh kau tu datang ke
sekolah dengan bas memang lah kau awal,sebab kalau kau lewat kene tinggal lah
jawabnya kan, tapi kau tu lagi tak bermotivasi dari aku tahu tak, nota kimia
tak pernah siap, kelas kimia pun suka ponteng’ balas ku. Sememang nya nina
tidak gemar akan matapelajaran kimia, lebih-lebih lagi dengan guru yang
mengajar matalajaran tersebut, teacher Ishwary. Mungkin kerana sifat dan sikap
nya yang tegas dan sering memberikan banyak kerja sekolah kepada
pelajar-pelajarnya. Dan sekiranya pelajarnya tidak dapat menyiapkan latihan
yang diberikanya beliau akan menghukum mereka dengan pelbagai cara yang
memalukan juga meletihkan. Aku pernah terlihat nina pernah dihukum kerana tidak
menyiapkan latihan beliau, beliau memakaikan nina lipstick berwarna merah terang dan menyuruh nina berjalan
mengelilingi kelas senior iaitu pelajar tingkatan enam. ‘ermmmm nasib baiklah
aku belajar kimia dengan sir Nazrul’ gumam ku didalam hati’. Nina dan aku
berlainan kelas,aku ditetapkan untuk berada di kelas aliran sains pertama
manakala nina kelas aliran sains kedua. Namun kami tetap berdua kemana-mana
sahaja sehingga ada yang mengatakan kami seperti belangkas. Walaupun kami
berlainan kelas, nina sering kekelas ku sekiranya kelasnya tiada guru yang
mengajar,begitu juga sebaliknya kerana kelas kami hanya bersebelahan. ‘Nanti
wktu rehat teman kan aku jumpa mikail yer fea’?? hari ni tak tahu lah aku
kenapa aku tengok mikail tu handsome
sangat’. yelah tapi kalau kau jumpa dia lama-lama aku tinggal kau kat situ
sorang-sorang’balasku dengan nada berseloroh. Mikail adalah teman lelaki nina
yang berlagak macho tetapi aku tengok
biasa-biasa aje penampilannya.‘syhhhhhh!!!!’teguran pengawas sekolah
membantutkan keinginan ku untuk terus mengusik nina dan menyuruh kami memberi
tumpuan terhadap ucapan puan pengetua yang sedang berucap di hadapan
perhimpunan.
4
Setelah menunaikan solat asar
seperti biasa aku mencapai topi kaledar ku dan terus mendapatkan motosikal
kesayangan ku, ayah yang menghadiahkan motosikal nouvo tersebut disebabkan aku
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
dua tahun yang lalu. Ayah tetap memenuhi keinginan ku untuk mendapatkan lesen
memandu pada usia ku baru 16 tahun walaupun ibu membangkang. Mungkin ibu
khuatir disebabkan aku baru berada di tingkatan empat dan masih muda untuk
menunggang motosikal. Lagi pula aku pernah merempuh dinding rumah kerana ingin
mencuba memandu kereta ayah. Habis kemik bahagian hadapan kereta ayah dan aku
dihukum tidak boleh menonton televisyen selama seminggu kerana cuba memandu
kereta ayah tanpa pengetahuannya. Kejadian terbabit sering dijadikan modal
kepada kakak-kakak ku Sofea artila dan sofea amina untuk mengusik ku. Deringan
telefon bimbit terus mengingatkan aku kepada nina. ‘ fea jom pergi bagan dato,
kita lepak kat tepi laut tu, adalah
faedah sikit daripada duduk kat rumah macam tunggul ni’ ‘ha panjang umur
kau,aku baru nak gerak pergi rumah kau ni,aku pun bosan juga,kau tunggu kat
rumah sat lagi aku datang amik kau’ hampir setiap hari kami akan keluar
berdua,berjalan-jalan dengan motosikal tanpa arah,perkara tersebut menjadi
rutin harian kami setiap petang,pasti ada saja agenda yang kami rancangkan.
Kadang-kadang lucu juga menenangkan sikap kami yang hanya keluar bersiar-siar
menunggang motosikal namun mengenyangkan perut kami di rumah kerana kehabisan
wang mengisi minyak. ‘nina cuba kau tengok air laut tu,tenangkan?? Aku harap
sangat orang yang akan aku kahwini pada masa akan datang kelak setenang air
laut ni’ ‘isyhhhhh mana boleh,kau tu sesuai hidup dengan orang yang panas baran
sebab kau tu lembut hati, orang kata pasangan hidup mesti lah seseorang yang
melengkapi, baru lah aman hidup kau tu nanti.’ ‘ hahaha sejak bile kau reti
nasihat orang lain tentang pasangan hidup ni??ha kau tu panas baran so memang sesuailah kau tu dengan mikail
kan sebab mikail tu lembut macam sotong hahahaha’ aku ketawa terdekah-dekah
mengusik nina. Nina hanya menjuihkan mulutnya kepada ku. Aku sememangnya sangat
tertarik dengan laut, bagi aku duduk di tepi laut dan melihat air laut serta
pemandangan sekitarnya begitu menenangkan hati ku. Bunyi hempasan air laut ke
batuan di tepinya seperti membuai-buai diriku dan aku sering khayal menikmati
permandangan tersebut setisp kali aku pergi ke kawasan bagan dato. Aku dan nina
sering menghabiskan masa kami melepak di kawasan jeti bagan dato kerana aku sering
memaksanya menemankan kan aku kekawasan tersebut. Bunyi pesanan ringkas
ditelefon bimbit ku mematikan keinginan ku untuk mencubit mulut nina. ‘hai
sofea,boleh berkenalan???’ ‘wey nina ko cube tengok nombor telefon ni, kenal
tak??entah sape lah yang mengada-ngada ni, zaman macam gini pun ade lagi ea
yang mengorat dengan hantar mesej camni, aku rasa dah lapuk lah, nih kalau tak
lelaki skema mesti lelaki bawah umur ni’. Rungut ku…. ‘ ha… tuh lelaki kau yang setenang air laut
dah muncul. Bebel Nina sambil tersenyum memandang ku….. Bersambung……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan