Abg nak tahu, saya sentiasa ingat tarikh ni. semalam 8 hari bulan. saya nak sangat jadi orang pertama yang ucapkan ulang tahun kelahiran abg 9 december.saya takut sangat kalu saya jadi orang yang kedua atau yang selepas-selepasnya. semalam saya berusaha tidak tidur. sebab saya takut saya terlepas detik yang saya tunggu-tunggu tu abg. tapi mata saya masa tu mengantuk sangat. badan saya letih, bahu pun lenguh-lenguh. tak tahu kenapa. dan semalam saya juga terlebih emosi mungkin. asyik dengar lagu "buatmu ibu" setiap kali dengar lah saya akan menitiskan air mata. sambil medengar dan melihat setiap bait-bait lirik yang tertera di skrin laptop say turut terpaksa mengelap air yang mengalir deras. saya risau kalau kawan saya tersedar yang saya sedang menangis. sebab masa tu dia tengah tidur. ha abg, berbalik pada malam 8 december tu saya rasa nak tertidur awal sb rasa tak sedap badan. jadi saya set alarm di handphone untuk bangun pada pukul 11.59 Pm. Kemudian saya rebahkan badan di katil dan mula lelapkan mata. abg, masa tuh wajah mak, bapak dan wajah abg bermain-main dimata. kemudian saya terlelap.....
Tiba-tiba saya rasa hidung saya seakan selsema, tekak saya pun rasa berkahak abg, tapi saya tetap lelapkan mata. saya tak mampu nak membuka mata. jadi saya teruskan dengan tidur saya. kemudian belum terlelap kembali,saya terbatuk-batuk.kahak makin membuatkan saya tidak selesa. saya bagun dari katil.duduk dan tiba-tiba darah mengalir keluar dari hidung. deras. mengalir seperti tidak mahu berhenti. darah menitis jatuh ke atas tilam dan selimut. saya bangun menuju ke tong sampah agar darah mengalir ke dalam tong sampah.saya ambil tisu dan memicit hidung saya agar darah berhenti mengalir.tapi darah tetap terus mengalir. tiba-tiba alarm handphone berbunyi menanda kan lagi seminit pukul 12. hari ulang tahun kelahiran abg, dalam keadaan kelam kabut memicit hidung untuk memberhentikan pendarahan saya bangun menuju kekatil semula untuk mencapai handphone. abg masa tu berderai air mata ni, kerna saya tak mahu hanya kerana masalah pendarahan hidung ni saya tidak dapat mengucapkannya kepada abg. sambil menelefon abg saya memicit hidung untuk memberhentikan darah.. abg saya tak sangka saya mempu mengucapkan nya walau dalam keadaan begini :)
Sabtu, 8 Disember 2012
Jumaat, 30 November 2012
Abg kata abg rindu... :(
saya terpaku kerna melihat nama abg menghantar mesej kepada saya di laman sosial facebook. hati saya tertanya-tanya apakah yang membuatkan abg menghantar saya msj. waktu membaca setiap bait-bait perkataan mesj abg,air mata saya jatuh kepipi tanpa saya sedari, hangat sangat.. wajah abg terus bermain diminda saya dan segala kenangan kita terpancar dimata. abg kata abg rindukan saya..hati saya meruntun hiba saat itu kerna saya tak mampu memeluk dan mencium tangan abg. andai abg tahu, saya lagilah terlalu rindukan abg. penyesalan yang tiada kesudahan terlalu menyakitkan saya.
abg,saya rindukan abg.. :(
Khamis, 29 November 2012
First Time Hidung berdarah
Abg... tadi time saya tgah online n dok hadap lappy smbil gelak2 baca komen kwan2 saya kan something yang menakutkan berlaku... saya rasa hidung saya cam ada air..saya ingat selsema sb td siang kena hujan...pastu saya lap ngn tgan. and lap kt tisu.. tapi saya tak tgok tisu tu..beberapa minit pastu tetiba ja kuar air deras dari hidung saya..saya than dengan jari...tgok2 baju saya dh penuh dengan darah...terkejut sagt...sb tak pernah pun jadi pada saya.. tapi saya stay cool..hehehe saya terus bangun dan tgok kt cermin hidung dan mulut saya serta kat dada dh berlumuran darah...darah juga tak berhenti keluar dari hidung,macam air paip kat dapur tuh..buat pengetahuan abg saya ada basic First Aid.. sb saya ahli PBSM... so saya duduk di kerusi dan tunduk kan kepala serta picit hidung biar darah terus keluar. roomate saya kelam kabut dan trus tgu apa tindakan saya..dia set masa sb saya ckp saya kna picit dn tundukkan kepala selama 5 hingga 10 minit...hahaha funny lah aishah ni..tapi dia lah orang paling kelam kabut sekali tadi...walau saya picit hidung saya tapi darah cair masih keluar dengan lajunya..saya pun tak tau nak buat apa dh saya suruh roomate saya amik fon saya dn call rakan PBSM saya,sb dia lag advance..smpai ja kawan saya Renukha, die tlong saya picit hidung dan darah masih tetap keluar smpai... mata saya mula kelabu, tekak saya loya, badan saya mulai sejuk.saya dengr mereka berckap2 yang saya kena hantr ke klinik. saya nak tertidur,tapi saya kuatkan semangt dan tetap terus sedar..saya tarik nafas dalam-dalam dan berusaha agar tidak terlelap..saya juga dengar kawan2 saya kata yang muka saya pucat dan bibir saya biru. saya dengar tapi saya rasa telinga saya seperti berdengung..tiba-tiba hidung saya berhenti mengalirkan darah.. renu tetap picit dan lap seluruh hidung dan mulut saya dengan tisu kerna darah merah menutupi bahagian tersebut..saya tarik nafas lagi dalam-dalam dan cuba berkomunikasi dengan mereka.. dalam hati saya saya tak mahu pingsan kerana saya tidak pernah melaluinya.dan saya harap saya tidak menghadapinya.masa ni saya terfikir sekiranya darah tidak berhenti saya tahu saya akan mati..masa tuh saya hanya terfikirkan mak dan bapak.dengan semangat yang ada saya terus sedar dan abaikan kekelaman yang melanda mata saya..mereka bagi saya minum dan pening kepala mulai berkurang dan saya masih dalam keadaan sedar.. mereka papah saya kekereta dan bawa ke klinik berhampiran..dokter kata hidung dalam saya bengkak dan dia bagi ubat bengkak hidung.katanya kalu jadi lagi kejadian mcm ni saya harus ke hospital untuk rawatan lanjut.. saya tak pernah mengalami sebarang kejadian sebegini dan tak pernah pitam..akhirnya saya merasainya,,saya normal rupanya..:P
abg,saya cinta awk...!!!
and thanks alot pada kawan-kawan baik saya Aishah, husna,ashimah and renukha.. :)
abg,saya cinta awk...!!!
and thanks alot pada kawan-kawan baik saya Aishah, husna,ashimah and renukha.. :)
Rabu, 28 November 2012
sentiasa bermain dibibir...adkah kerna saya tak cinta???
Abg ingat tak??? dulu tiap-tiap kali kita bertengkar, tiap-tiap kali kita merajuk, atau tiap-tiap kali abg merajuk apa yang abg suka ucap dibibir abg??? saya ingat... sampai sekarang saya ingat..dan saya akan ingat sampai bila-bila.. "Putus"... tapi setiap kali tu lah saya cuba pertahankan apayang kita punya. Nak tahu tak yang kita miliki masa tu?? perhubungan.... perhubungan yang saya anggap sebagai perhubungan terindah sekali pernah saya miliki..sebab tu lah setiap kali abg mengucapkannya saya berusaha untuk mengubah keputusan abg. dan saya tahu abg kata bukan dari hati abg..abg ucapkan kerna abg marah pada saya atau abg merajuk..tapi pernah tak abg dengar atau lihat dari mulut saya yang mengucapkannya sepanjang kita bersama??tak pernah kan??sb itu prinsip dan diri saya semasa saya dengan abg.. cuma yang terakhir itu lah saya mengucapkannya kerna saya terkilan hanya dengan penggunaan bahasa abg untuk menggambarkan diri saya..saya akuinya,saya terburu-buru dan terlalu ikutkan marah saya pada waktu itu, sebab itu saya mengucapkannya. dan ia menjadi keputusan. Tapi abg, percayalah andai saya punya kuasa dan kemampuan untuk mengundurkan semula masa seperti dahulu, akan saya pastikan saya tak kan mengucapkan "Putus" itu.
Dan sekarang...
saya tak tahu mengapa perkataan "putus" itu sentiasa menjadi permainan dibibir saya???dan hanya dia yang mempertahankannya sedang kan saya tidak..
Tapi saya sedar, saya berkelakuan begitu kerna saya tidak begitu menyayanginya dan mencintai dirinya.
maksudnya dahulu abg pun tidak begitu mencintai diri saya kahhh?????
saya tertanya... :(
Khamis, 8 November 2012
bukan saya...
Hati saya sakit, pedih sangat. muka saya dh merah, merah menahan kemarahan. Saya tak dapat nak menyorok kan kemarahan ni sehingga saya mengalirkan air mata saya dan ia sentiasa berlinangan. walau saya cuba sekat ia daripada terus mengalir tapi ia tetap mengalir.malah semakin deras...
saya marah pada siapa????pada kesilapan yang berlaku atau pada pelaku kesilapan tersebut??? mungkin memang sikap saya yang memang selalu di pijak. tapi kenapa???saya lemah ka???saya tak mampu pun untuk menegakkan kata-kata saya.sebab apa???adakah sebab saya menghormati anda sebagai rakan saya?? tapi kenapa saya sahaja yang menelan rasa??? kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa saya tak kuat, ya... saya hanya kuat pada luaran tapi hati saya rapuh serapuh rapuhnya yang boleh anda leraikan sehingga terkecai semuanya.
bukan saya pelakunya.tapi anda sebagai kawan tidak pernah mempertahankannya.saya siapa pada anda?? ya, saya dah tahu...
saya bukan siapa-siapa pada anda.................................................

Isnin, 22 Oktober 2012
awak yang terbaik zaim..!!
saya masih tak dapt cari lelaki yang berjaya menggantikan awak abg.
awaklah yang terbaik, sepanjang saya mengenali awk, awak lah pasangan yang terindah pernah saya miliki.sesungguhnya kehilangan awak membuatkan saya sedar saya telah kehilangan sebuah permata yang sangat berharga, yang sangat bernilai dan yang paling penting yang sangat saya cintai.
kekosongan yang saya rasai sejak perpisahan kita belum pernah terisi dengan sempurna. tidak sesempurna seperti yang awak berikan pada saya dahulu. mulut kata ya, tapi hati saya menidakkan.hati saya berdusta demi kebahagian orang lain sedangkan saya merana berjauhan dengan awk. seperti malam yang saya lalui kelam sepanjang masa,tiada cahaya yang mampu menerangi jalan dan kehidupan saya.
saya perlukan abg, untuk bimbing saya. bukan kerana si dia tak mampu membimbing saya, tapi kerna hati saya telah sepenuhnya diserahkan pada awak sejak perkenalan kita dahulu.
adakah perlu untuk saya merana sepanjang hidup saya?????
walau pun bibir mngukir senyuman,hati sentiasa merintih merindukan seseorang...iaitu abg.
andai kata kita tetap tiada jodoh walau sehingga kita ditelan usia abg, percayalah cinta ini tetap mekar seiring dengan air mata yang sentisa berlinang..
abg saya terlalu cintakan awk.... ;(
sehingga setiap kali saya menulis warkah ini saya pasti akan berteman dengan air mata dan kenangan yang sentiasa menghangat kan hidup saya.. hiduplah dengan bahagia abg, jangan jadi seperti saya..
Jumaat, 19 Oktober 2012
masa mengubat segalanya
dah setahun berlalu..
sememangnya pedih bila diingati, tapi semuanya kenangan yang tak mungkin saya lupakan..
saya terima segalanya walau terkadang saya seakan mahu menjerit kata kan yang saya cinta kan awak.
terkadang juga saya seakan mahu bangun dari kerusi dan pergi berlari kepada awak, peluk, peluk dan terus peluk diri awak.
sememangnya saya masih menaruh harapan yang sangat tinggi.
untuk kembali menjalinkan hubungan bersama awak. melayari bahtera perkahwinan yang sah. dan berharap dapat menjadi makmum awak semasa menghadap illahi.
namun apa daya..saya tak mampu..
harapan ini akan terus menjadi harapan kerna saya tahu saya tak layak untuk bersama awak.
saya cinta kan awk..
air mata sahaja yang dapat meredakan perasaan dan hati saya.
air mata sahaja yang dapat memujuk penyesalan saya.
kerna,
andai saya tahu begini akhirnya
saya akan terus bertahan walau sakit terhiris
daripada sakit menerima hakikat bahawa saya tak dapat bersama aak. ;(
muara hati
cuba hayati lirik ni abg~
cinta..
terpisah ruang waktu
tetap cinta
bersatu dalam hati ku
walau raga kita tak mungkin bersama
ku yakini hati dan tetap setia
ku percaya kemana pun kau berjalan
suara cinta menuntun ku kepada mu
kerna bila
cinta sudah bersenandung
tak kan terpisah hati.......
demi cinta dalam hati mu
ku yakin engkau untuk ku..
meski jejak pisah kan kita
cinta kan bawa kembali pada mu
cinta..
terpisah ruang waktu
tetap cinta
bersatu dalam hati ku
walau raga kita tak mungkin bersama
ku yakini hati dan tetap setia
ku percaya kemana pun kau berjalan
suara cinta menuntun ku kepada mu
kerna bila
cinta sudah bersenandung
tak kan terpisah hati.......
demi cinta dalam hati mu
ku yakin engkau untuk ku..
meski jejak pisah kan kita
cinta kan bawa kembali pada mu
Khamis, 27 September 2012
Pagi ni kelas saya kelas pagi.. Masa nak bangun pagi tadi ya Allah punyalah berat semua tulang ni.. rasa macam nak terus lena je lepas sembahyang subuh tadi.. Dah lah sejuk, kena mandi pagi pagi pulak...aduhai memang separuh hati lah kan..tapi nak buat macm mane, pagi ni kelas sejarah, saya tak boleh tgl kelas sejarh walau sekali pun..
sb ape???sb kalu sekali saya tinggal, bnyak yang saya akan ketinggalan..
seminggu dua ni bnyak sangat kerja, saya rasa letih sangat sebb kelas dh mula berjalan dan kokorikulum pun dh start..
kadang-kadang saya terasa nak menangis sebb penat sangat..tapi apadaya saya tak ada tempat nak mengadu..dan bila saya sedih saya akan tulis disini..mungkin dengan cara ni hati saya bertambah lega =)

Kenapa lepas kan saya?????kenapa...
Kenapa tangan ku kau lepas kan, setelah hati ku kau tawan?
Kata-kata ini selalu bermain dalam minda..
kenapa abg lepaskan saya walaupun saya yang melafazkan kata perpisahan??
waktu kita bersama dulu saya tak pernah melafazkannya..
dan setiap kali kita bertengkar tiap kali tu lah abg lafazkannya, dan tiap kali tu lah saya sahaja yang pertahankannya..
tapi kenapa hanya saya???kenapa saya sahaja yang harus pertahankan hubungan kita??
waktu kita bersama dulu saya selalu terfikir yang hanya saya seorang yang sungguh-sungguh cintakan abg, sedangkan abg, selalu marahkan saya..saya selalu terfikir yang kekurangan saya menyebabkan abg melayan saya sebegitu. mungkin kerna rupa saya tak menarik, atau mungkin sikap saya yang melemaskan abg.
kekurangan yang ada menyebabkan saya berusaha untuk menjadi lebih baik,agar abg tak kan tinggalkan saya. andai abg tahu saya terlalu cintakan abg..
tapi.. pergaduhan kita yang terakhir membuatkan saya rasa sgt terhina.. seharusnya saya sudah terbiasa dengan setiap makian abg. tapi tidak malam tu.. semua tu msih segar dalam ingatan saya abg.. kata-kata abg terus terngiang di telinga walau hampir setahun lebih kita berpisah..
ya...memang saya yang minta hubungan kita sampai disitu..tapi kenapa abg iya kan??? kenapa abg tak halang dan pujuk saya saat tu???
andai abg tahu, saya sangat menyesalinya..dan andai saya boleh putarkan masa kembali ke saat itu akan saya pastikan saya tak kn melafazkannya abg..

Sabtu, 22 September 2012
aku sayang kamu
AKU SAYANG KAMU
Aku sayang kamu
meski masa beredar
dan masa telah mematangkan kita
Aku sayang kamu
meski masa beredar
dan masa telah mematangkan kita
bersama liku hidup suka dan duka..
Kasih sayang ini tidak akan pudar
biar terik mentari membakar sekian lama
namun masa itu yang menjadikan kita
semakin mengenali,kasih kian sebati
Tidak akan pudar sayangku dari hati
kupinta kaujuga sama seperti kurasai
biar masa berlalu pergi
kasih sayang tetap di hati..
sebagai yang dijanji..
dan janji biar ditepati...
Kasih sayang ini tidak akan pudar
biar terik mentari membakar sekian lama
namun masa itu yang menjadikan kita
semakin mengenali,kasih kian sebati
Tidak akan pudar sayangku dari hati
kupinta kaujuga sama seperti kurasai
biar masa berlalu pergi
kasih sayang tetap di hati..
sebagai yang dijanji..
dan janji biar ditepati...
Khamis, 20 September 2012
Hari ni saya sedih...
kenapa entah.
saya nak pinjam bahu abg, sebab air mata saya menunggu masa untuk di tumpahkan..
manik-manik jernih dh bertakung dan saya tak mahu ia membelah pipi saya..
saya berharap abg bantu saya menahan kesedihan ini.
saya tahu kita makin jauh.
saya tidak meletakkan harapan yang tinggi.
kerna saya tahu saya tidak lah sempurna mana..
Selasa, 18 September 2012
sampaikan lah salam..
saya harap awak mendengarnya..
setiap lirik setiap nada begitu meruntun hati saya..
saya harap walau sampai akhir nanti pun awak tahu yang saya tak pernah melupakan setiap serbi diri awk..
kerna telah pun abadi cinta yang ada..
saya tahu saya begitu mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.
tapi apa daya, kerna saya hanya mampu berharap, berharap dan terus berharap.
cinta yang tak pernah luntur membuatkan saya untuk menulis dan terus menulis,
kerna saya tak mampu untuk mengubahnya.
biarlah saya hanya terus merindu, dan terus mendengar khabar awak dari jauh..
andai awk dengar jeritan yang ada dalam jiwa untuk mendambakan kita kembali berdua,
sambut lah...
sambut lah dengan segala kenangan yang ada bersama...
kerna saya tak pernah sesekali lupa.
lupa pada setiap detik berdua.. ;(
Rabu, 12 September 2012
saya tak mampu sorokkan
abg..
saya sedih..
saya tak tahu nak sorokkan dimana dan bagaimana..
saya perlukan abg..
bila saya sedih dan ada masalah saya seperti nak lepaskan semua manik-manik jernih yang bertakung dimata, dan saya seperti nak lepaskan kemarahan yang ada..
saya sunyi...
walau saya tak mampu saya tetap cuba..
cuba sorokkan kesedihan yang ada, dan selitkan sejauh mungkin masalah yang sentiasa datang bertimpa.
saya penat......
penat bermuka-muka.
bermuka-muka yang saya tak apa-apa.
tp tidak..
saya nak abg.... :(

Isnin, 10 September 2012
Penyembuh Rindu
Sehari sebelum saya bertolak tiba-tiba saya teringat sesuatu, sesuatu yang saya ada tetapi saya telah kehilangan nya. tapi saya tak putus asa, saya tetap cari di merata sb saya yakin masih ada. foto tu saya cuci 4 tahun lalu. foto kita bersama.. saya pasti abg sudah buang semua foto kita berdua.. tapi saya tidak. kerna saya sedar foto itu amat bermakna buat saya. foto bertama yang saya ambil bersama abg ialah semasa berada di pantai nakhoda omar. foto yang menjadi penyembuh rindu saya terhadap abg. sangat menyentuh hati setiap kali melihat foto kita berdua.. saya hampir menitiskan air mata setiap kali terlalu rindukan abg. rasanya seperti tak mampu untuk berdiri lagi. tapi saya tahu kita tak berupaya untuk menentukan takdir. dan foto kita lah yang menjadi penguat diri saya untuk meneruskan hidup.. saya ada bnyak foto abg, tapi saya hanya ada 2 keping foto kita bersama..dan akhirnya saya menjumpainya. foto kita lah penyembuh rindu saya abg.. ;(
Ahad, 9 September 2012
pantai nakhoda omar
7 september 2012
Saya
duduk kat tembok batu, sambil kaki menghayun-hayun mencecah air laut. Tapi tak
sampai…Abg, cuba awak teka saya kat mana.. saya datang sini bila saya terlalu
rindukan abg. Semua kenangan kita bermula disini. Walau hanya tinggal kenangan
tapi saya akan pastikan kenangan kita tak kan terkubur disini. Tapi, tetap
subur dan segar dalam minda dan jiwa saya. Saya nampak kita duduk kat pondok
tu. Duduk mengenali hati masing-masing. Abang pkai baju merah. Lengan panjang.
Dan saya, kemeja biru. Tu lah kali pertama kita jumpa kat sini. Abg datang dengan kawan, saye pun. Masa ni
kita hanya bersembang kt pondok ni. Abg sedar tak angin kat tepi pantai ni kan
kuat. rambut saya jadi tak kemas. Saya malu, sebab saya sedar, saya tak
secantik kawan saya tapi ditakcantikkan lagi dengan ketidakkemasan yang angin
tu buat kat rambut saya.
Abg,
saya nampak lagi… kita makin kerap jumpa kat sini, walau pun jaraknya jauh tapi
saya tak peduli. Sebab masa tu saya hanya fikirkan kegembiraan yang saya rasa
bila bertemu dengan abg kay sini. Dan kita sekali lagi duduk kat pondok. Tapi….
Bukan pondok yang sama… sbab kat sini banyak pondok yang sama. Tak kira lah
tujuan nya apa tapi yang penting saya dapat berteduh bersama awak sambil
menikmati angin yang selalu merosakkan rambut saya yang tak cantik ni. Saya tak
tahu apa yang istimewa, tapi jumpa abg kat sini buat saya tenang walau pun kita
hanya duduk sampai kepetang kat tepi laut ni.
Masa air
surut abg ingat tak yang saya ajak abg pergi ke tengah laut. Sebab kita boleh
berjalan atas pasir tanpa basahkan seluar kita. Masa ni, abg pegang tangan
saya.. abg pun masti da sedia maklumkan yang saya suka bila abg pegang tangan
saya. Masa ni lah saya dapat rasa perasaan cinta. Hati saya berbunga-bunga.
Yang saya tahu saya gembira bila bersama abg. Dan saya yakin abg itulah cinta
pertama saya. Dan dengan abg lah pertama
kali saya merasakanya. Dan kita…..
semakin kerap ke sini. Apa yang kita selalu buat kat pantai ni hanyalah duduk
kat pondok je kan, kadang-kadang kita pergi makan kt restoran atas tu.. apa
yang mengingatkan abg dan pantai ni
adalah mee udang kat situ. Sedap
sangat. Udang kt mee u banyak sangat.
Dan kenangan yang paling saya tak leh lupa setiap kali kita mkn mee udang
adalah waktu abg kupaskan kulit udang untuk saya. abg tahu saya tak pandai
kupas udang dengan sudu dan garfu kan sb
tu abg selalu buatkan untuk saya.. abg….. saya rindukan abg..
Abg…
saya nampak bnyak layang-layang terbang. Angin yang kuat kt pantai ni
menyebabkan layang-layang n terbang tinggi. Layang-layang ni pun mengingatkan
saya kepada abg. Saya cemburu layang-layang ni terbang tinggi. Sb die bebas
terbang tinggi. Saya seperti nkterbang tinggi dan menjerit kepada seluruh dunia
yag saya terlalu cintakan abg.
Dan saya
masih ingat abg, yang saya selalu tunggu abg kt sini kalu abg merajuk dengan
saya atau tak nak jumpa saya. saya nekad nak tunggu abg walau abg tak nak
datang sekali pun kan.. cinta saya pada
abg beri saya kekuatan untuk kesini dan tunggu abg untuk pujuk abg.saya selalu
mengalah sb saya tahu abg susah nak mengalah. Tapi saya tahu abg akan datang
juga sb abang sedar saya sungguh-sungguh cintakan abg. Abg datang… tapi saya
tahu abg masih marah saya.. sb abg langsung tak nak cakap dengan saya. saya
tahu abg marah saya tapi pada masa yang sama abg risau saya tunggu abg
sorang-sorang. Betul tak abg??dan abg merajuk pun tak lame lepas saya pujuk
mesti abg cakap lagi dengan saya. begitu lah susah nya saya nak lupakan
kenangan kat pantai ni.. kenangan kita banyak kat sini.
air
pasang tanpa saya sedari. Kaki seluar basah dan menyebabkan saya menarik kaki
saya keatas. Air laut Bagan Nakhoda Omar
ni semakin pasang. Saya janji saya akan
sentiasa kepantai ni bila saya pulang ke kampung.. abg, ni lah tempat kita,
kenangan kita.. walau pun pantai ni dah sedikit berubah seperti hubungan kita
yang dh berubah tapi saya pasti kenangan
kita kat sini lah penyembuh rindu saya pada abg.andai saya yakin jodoh milik kita , saya akan
berdoa abg lah jodoh pertama dan terakhir saya… J
rindu kamu
Andai aku bisa melihat cinta dari sinar mata mu
Pasti aku tatap pancainderamu sedalam yang mungkin untuk
melihat ketelusan cinta itu.
Andai aku bisa melihat kesetiaan hati mu terhadap diriku
Pasti aku belah dada mu untuk melihat setiap keeping-keping hati
sucimu.
Dan…
Andai lah aku bisa melihat kejujuran dari senyum bibir mu
Pasti aku teliti setiap bibit-bibit kata yang terpacul
keluar dari bibir mu..
Tapi…
Aku tahu aku tak mampu ..
Walau untuk melihat mu dari jauh. Kerna masa telah jauh
meninggal kan kita. Dan kenangan hanya
tinggal kenangan.
Dan aku hanya mampu berharap, berharap dan terus berharap
agar masa kembali kepada kita.
Kerna masa bersama mu adalah masa ku yang paling berharga.
Dan kenangan itu merupakan kenangan yang akan ku kenang
sehingga ke akhir hayat.
Isnin, 25 Jun 2012
Biarkan saya, biarkan saya terus merindui awak.
saya tak mampu untuk menghalang segala kenangan bersama awak lenyap daripada minda.
kerana awak, adalah sesuatu yang amat bernilai dan berharga,.
kenangan bersama awak umpama permata yang tak mungkin saya gadaikan.
saya cintakan awak..
saya tahu kita dah tak bersama, tapi saya terlalu sayangi awak.
kesalahan saya awak hukum sekeras-kerasnya.
sehingga saya jatuh seperti tak dapat bangun lagi..
hati yang dulunya untuk awak masih lagi milik awak kini.
tak mungkin terbuka untuk insan lain.
sekarang saya hanya mampu menyulam kenangan dengan airmata, direndakan sendu, dan dihiasi dengan setiap keping-keping penyesalan.
andai awak sedari, saya sentiasa menjerit di dalam hati nama awak yang sering saya ingati, dengan harapan awak dengar dan kembali.
tapi saya sedar, awak tak mungkin berpatah lagi

Khamis, 21 Jun 2012
Kadang-kadang tak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita. Allah maha besar, maha mengetahui, mengetahui segala-galanya yang telah tersurat dan yang telah tersirat dalam setiap isi dunia. Aku hanya seorang insan yang kerdil, hambanya yang leka dan cuai dengan setiap nikmatNya. Namun kenangan yang kau beri bersama dirinya ini ya Allah sesungguhnya akan aku kenang sehingga akhir hayat nanti. Perkenalan yang singkat membuatkan aku sedar tentang erti perhubungan, erti percintaan dan erti sebenar pengorbanan. Dia adalah lelaki yang berjaya membuatkan aku sedar tentang cinta tak semestinya memiliki. Andai dia tahu, dirinya amatlah berharga bagiku namun tak mampu aku miliki. Sukarnya untuk melupakan dirinya mendorong aku untuk menulis disini, akan aku lakar semua kenangan kami disini.. Kerna aku ingin dia tahu, yang aku masih mencintai dirinya dan merindui setiap serbi mengenai dirinya. :(
Rindu...
seperti penyakit yang menyerang segenap tubuhku,
melemahkan setiap sendi-sendi ku,
dan selalu membuatkan aku keliru.
keliru untuk membezakan yang benar juga yang palsu
mataku juga semakin kelabu,
kelabu dek panahan rindu itu..
sayang..
wajahmu sentiasa berlegar-legar di ruang mata hitam ku,
suaramu sering ku hinggap di cuping telinga ku,
walaupun aku tahu telah lama kita tidak bertemu.
sesungguhnya..
rindu ku terhadap mu telah menjadi penemanku yang paling setia.
setia menunggu..
walupun hingga hujung waktu ku.. :(

Mencintai tak semestinya harus memiliki,
kerna mungkin cinta ini tertulis hanya untuk cukup samapai disini,
tapi...
janganlah kau kuburkan segala memori,
kerna setiap memori bersama dengan mu bagi ku tersangatlah bererti..
dan ia lebih bererti nilainya daripada intan dan baiduri.
Walaupun hubungan ini yang telah kita bina ini mati,
namun bukan cinta ini..
kerna cinta ku terhadap dirimu tak akan pernah mati dan sentiasa ada walau sukar untuk aku ungkapkan.
kerna bagi ku, perkenalan dengan mu bukan sekadar sebuah kenangan.
Tapi kenangan yang tak bisa aku buang walau dari setiap sudut perasaan ku..
Dengarlah abg..
Aku sentiasa merindukan kamu..
Rabu, 20 Jun 2012
Biarlah masa yang menentukan segala,
biarlah cinta yang mencetuskan sengketa,
dan biarlah rindu menjadi peneman setia..
sejuta maaf pun belum tentu dapat meredakan hati yang terluka,
kerana luka yang terlakar begitu dalam sehingga sukar untuk aku sembuhkan.
Ya Allah....
andai ini takdir Mu,
aku terima dengan hati yang rela.
aku terima dengan hati yang terbuka.
Syukur ku terhadap setiap kurniaan Mu tidak putus aku panjatkan..
agar jalan ku lebih kau redhai.
Kau kubur kan lah rasa ini,
Rasa cinta ku terhadap si dia yang telah meremukkan seluruh perasaan ku..
Terima kasih...
Terima kasih kerana sudi singgah di pelabuhan hidup saya. sesungguhnya perkenalan dengan awak merupakan satu kebetulan yang tak pernah saya duga. dan berpeluang menyintai diri awak merupakan satu anugerah yang tidak pernah saya sangka kan. sememangnya telah ditetapkan bahawa jodoh kita tiada. saya redha, namun hati saya tetap terkilan kerana saya tidak berpeluang untuk mengukir kenangan bersama awak lagi. awak lah lelaki yang terbaik pernah menyintai saya, namun saya buta. buta menilai kasih sayang awak sehinggakan sanggup mengingkari arahan awak. saya terlalu rindu kan awak zaim. rindu kan setiap kata-kata awak. saya rindu kan setiap detik bersama awak. andai saya tahu kenangan kita hanya terukir sehingga 6 Jun 2011 akan saya rakam setiap senyuman awak, akan saya hayati setiap detik bersama awak. dan akan saya jaga hubungan kita agar menjadi halal. saya terlalu merindui awak. andai awak tahu, cinta yang saya semai sejak empat tahun lalu sentiasa subur sehingga ke hari ini. nama awak dah terpatri mati dalam hati. izinkan saya menyintai awak sehingga hujung waktu walaupun awak tak pernah mengetahuinya..

Langgan:
Catatan (Atom)