Biarkan saya, biarkan saya terus merindui awak.
saya tak mampu untuk menghalang segala kenangan bersama awak lenyap daripada minda.
kerana awak, adalah sesuatu yang amat bernilai dan berharga,.
kenangan bersama awak umpama permata yang tak mungkin saya gadaikan.
saya cintakan awak..
saya tahu kita dah tak bersama, tapi saya terlalu sayangi awak.
kesalahan saya awak hukum sekeras-kerasnya.
sehingga saya jatuh seperti tak dapat bangun lagi..
hati yang dulunya untuk awak masih lagi milik awak kini.
tak mungkin terbuka untuk insan lain.
sekarang saya hanya mampu menyulam kenangan dengan airmata, direndakan sendu, dan dihiasi dengan setiap keping-keping penyesalan.
andai awak sedari, saya sentiasa menjerit di dalam hati nama awak yang sering saya ingati, dengan harapan awak dengar dan kembali.
tapi saya sedar, awak tak mungkin berpatah lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan