Sabtu, 8 Disember 2012

9 december

Abg nak tahu, saya sentiasa ingat tarikh ni. semalam 8 hari bulan. saya nak sangat jadi orang pertama yang ucapkan ulang tahun kelahiran abg 9 december.saya takut sangat kalu saya jadi orang yang kedua atau yang selepas-selepasnya. semalam saya berusaha   tidak tidur. sebab saya takut saya terlepas detik yang saya tunggu-tunggu tu abg. tapi mata saya masa tu mengantuk sangat. badan saya letih, bahu pun lenguh-lenguh. tak tahu kenapa. dan semalam saya juga terlebih emosi mungkin. asyik dengar lagu "buatmu ibu" setiap kali dengar lah saya akan menitiskan air mata. sambil medengar dan melihat setiap bait-bait lirik yang tertera di skrin laptop say turut terpaksa mengelap air yang mengalir deras. saya risau kalau kawan saya tersedar yang saya sedang menangis. sebab masa tu dia tengah tidur. ha abg, berbalik pada malam 8 december tu saya rasa nak tertidur awal sb rasa tak sedap badan. jadi saya set alarm di handphone untuk bangun pada pukul 11.59 Pm. Kemudian saya rebahkan badan di katil dan mula lelapkan mata. abg, masa tuh wajah mak, bapak dan wajah abg bermain-main dimata. kemudian saya terlelap.....
Tiba-tiba saya rasa hidung saya seakan selsema, tekak saya pun rasa berkahak abg, tapi saya tetap lelapkan mata. saya tak mampu nak membuka mata. jadi saya teruskan dengan tidur saya. kemudian belum terlelap kembali,saya terbatuk-batuk.kahak makin membuatkan saya tidak selesa. saya bagun dari katil.duduk dan tiba-tiba darah mengalir keluar dari hidung. deras. mengalir seperti tidak mahu berhenti. darah menitis jatuh ke atas tilam dan selimut.  saya bangun menuju ke tong sampah agar darah mengalir ke dalam tong sampah.saya ambil tisu dan memicit hidung saya agar darah berhenti mengalir.tapi darah tetap terus mengalir. tiba-tiba alarm handphone berbunyi menanda kan lagi seminit pukul 12. hari ulang tahun kelahiran abg, dalam keadaan kelam kabut memicit hidung untuk memberhentikan pendarahan saya bangun menuju kekatil semula untuk mencapai handphone. abg masa tu berderai air mata ni, kerna saya tak mahu hanya kerana masalah pendarahan hidung ni saya tidak dapat mengucapkannya kepada abg. sambil menelefon abg saya memicit hidung untuk memberhentikan darah.. abg saya tak sangka saya mempu mengucapkan nya walau dalam keadaan begini :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan