Biarkan saya, biarkan saya terus merindui awak.
saya tak mampu untuk menghalang segala kenangan bersama awak lenyap daripada minda.
kerana awak, adalah sesuatu yang amat bernilai dan berharga,.
kenangan bersama awak umpama permata yang tak mungkin saya gadaikan.
saya cintakan awak..
saya tahu kita dah tak bersama, tapi saya terlalu sayangi awak.
kesalahan saya awak hukum sekeras-kerasnya.
sehingga saya jatuh seperti tak dapat bangun lagi..
hati yang dulunya untuk awak masih lagi milik awak kini.
tak mungkin terbuka untuk insan lain.
sekarang saya hanya mampu menyulam kenangan dengan airmata, direndakan sendu, dan dihiasi dengan setiap keping-keping penyesalan.
andai awak sedari, saya sentiasa menjerit di dalam hati nama awak yang sering saya ingati, dengan harapan awak dengar dan kembali.
tapi saya sedar, awak tak mungkin berpatah lagi
Isnin, 25 Jun 2012
Khamis, 21 Jun 2012
Kadang-kadang tak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita. Allah maha besar, maha mengetahui, mengetahui segala-galanya yang telah tersurat dan yang telah tersirat dalam setiap isi dunia. Aku hanya seorang insan yang kerdil, hambanya yang leka dan cuai dengan setiap nikmatNya. Namun kenangan yang kau beri bersama dirinya ini ya Allah sesungguhnya akan aku kenang sehingga akhir hayat nanti. Perkenalan yang singkat membuatkan aku sedar tentang erti perhubungan, erti percintaan dan erti sebenar pengorbanan. Dia adalah lelaki yang berjaya membuatkan aku sedar tentang cinta tak semestinya memiliki. Andai dia tahu, dirinya amatlah berharga bagiku namun tak mampu aku miliki. Sukarnya untuk melupakan dirinya mendorong aku untuk menulis disini, akan aku lakar semua kenangan kami disini.. Kerna aku ingin dia tahu, yang aku masih mencintai dirinya dan merindui setiap serbi mengenai dirinya. :(
Rindu...
seperti penyakit yang menyerang segenap tubuhku,
melemahkan setiap sendi-sendi ku,
dan selalu membuatkan aku keliru.
keliru untuk membezakan yang benar juga yang palsu
mataku juga semakin kelabu,
kelabu dek panahan rindu itu..
sayang..
wajahmu sentiasa berlegar-legar di ruang mata hitam ku,
suaramu sering ku hinggap di cuping telinga ku,
walaupun aku tahu telah lama kita tidak bertemu.
sesungguhnya..
rindu ku terhadap mu telah menjadi penemanku yang paling setia.
setia menunggu..
walupun hingga hujung waktu ku.. :(

Mencintai tak semestinya harus memiliki,
kerna mungkin cinta ini tertulis hanya untuk cukup samapai disini,
tapi...
janganlah kau kuburkan segala memori,
kerna setiap memori bersama dengan mu bagi ku tersangatlah bererti..
dan ia lebih bererti nilainya daripada intan dan baiduri.
Walaupun hubungan ini yang telah kita bina ini mati,
namun bukan cinta ini..
kerna cinta ku terhadap dirimu tak akan pernah mati dan sentiasa ada walau sukar untuk aku ungkapkan.
kerna bagi ku, perkenalan dengan mu bukan sekadar sebuah kenangan.
Tapi kenangan yang tak bisa aku buang walau dari setiap sudut perasaan ku..
Dengarlah abg..
Aku sentiasa merindukan kamu..
Rabu, 20 Jun 2012
Biarlah masa yang menentukan segala,
biarlah cinta yang mencetuskan sengketa,
dan biarlah rindu menjadi peneman setia..
sejuta maaf pun belum tentu dapat meredakan hati yang terluka,
kerana luka yang terlakar begitu dalam sehingga sukar untuk aku sembuhkan.
Ya Allah....
andai ini takdir Mu,
aku terima dengan hati yang rela.
aku terima dengan hati yang terbuka.
Syukur ku terhadap setiap kurniaan Mu tidak putus aku panjatkan..
agar jalan ku lebih kau redhai.
Kau kubur kan lah rasa ini,
Rasa cinta ku terhadap si dia yang telah meremukkan seluruh perasaan ku..
Terima kasih...
Terima kasih kerana sudi singgah di pelabuhan hidup saya. sesungguhnya perkenalan dengan awak merupakan satu kebetulan yang tak pernah saya duga. dan berpeluang menyintai diri awak merupakan satu anugerah yang tidak pernah saya sangka kan. sememangnya telah ditetapkan bahawa jodoh kita tiada. saya redha, namun hati saya tetap terkilan kerana saya tidak berpeluang untuk mengukir kenangan bersama awak lagi. awak lah lelaki yang terbaik pernah menyintai saya, namun saya buta. buta menilai kasih sayang awak sehinggakan sanggup mengingkari arahan awak. saya terlalu rindu kan awak zaim. rindu kan setiap kata-kata awak. saya rindu kan setiap detik bersama awak. andai saya tahu kenangan kita hanya terukir sehingga 6 Jun 2011 akan saya rakam setiap senyuman awak, akan saya hayati setiap detik bersama awak. dan akan saya jaga hubungan kita agar menjadi halal. saya terlalu merindui awak. andai awak tahu, cinta yang saya semai sejak empat tahun lalu sentiasa subur sehingga ke hari ini. nama awak dah terpatri mati dalam hati. izinkan saya menyintai awak sehingga hujung waktu walaupun awak tak pernah mengetahuinya..

Langgan:
Catatan (Atom)