Selasa, 9 Jun 2015

tak apa lah

Aku sedar, sedar akan apa yang bakal aku lalui kelak. Aku tahu aku akan menghabiskan banyak air mata, menahan sebak didada sentiasa, meraung dalam hati setiap masa. Aku tahu, sepatutnya aku pergi. Tapi apa daya, aku punya hati dan rasa. Tak sanggup rasanya melukakan orang yang  selama ini menabur jasa. Asalkan dia bahagia, tak apa jika aku derita.

Isnin, 20 April 2015

andai aku punya pilihan

Bukan menyesali perkara yang terjadi. Tapi,  andai aku punya pilihan pasti semua tiada apa-apa. Seharusnya kita tak berjumpa, dan tak bercinta, kerna aku sangsi, adakah benar aku yang kau mahukan? Andai engkau tahu,cinta itu bukan untuk dimaki-maki, cinta itu bukan untuk dicaci-caci. Aku cuba bina benteng kesabaran untuk menghadapi segala apa yang mengguris hati ku, tapi sering kali itu juga benteng itu dirobek dengan setiap kata2 mu. Allah... Andai benar aku jodohnya yang telah kau tetapkan di luh mahfuz kau tabahkan lah hatiku. Persiapkan hati ku agar aku kuat melayari kehidupan yang penuh dengan panca roba. Yang ingin aku pinta cuma bahagiakan kedua orang tua ku, hilangkan penderitaan mereka. Sesungguhnya aku sanggup menanggung nya asalkan orang yang ku sayang terus bahagia melihat kebahagiaan ku

Jumaat, 2 Januari 2015

Untuk abg

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu
Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu
Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang