Cinta yang Berlalu dahulu sentiasa menjadi peneman hidup ku yang setia. Aku sering dibuai kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Kenangan yang begitu memberi kesan dan bekas dalam hati ku. Aku juga tidak tahu mengapa, tapi cinta itu lah yang memberi aku kekuatan untuk aku terus merindui dirinya walau aku tahu aku tak mampu memiliki dirinya. Aku semakin jadi wanita yang kuat walau aku sentiasa mendambakannya. Setiap yang terukir diwajahnya masih aku ingat sehingga kehari ini. semuanya masih segar dalam ingatan. Setiap tutur kata dan bait-bait cintanya dulu masih terngiang-ngiang walaupun masa telah lama meninggalkan aku. Ya, aku sememangnya masih cintakan dirimu abg. Aku mengakui semua yang terjadi ada hikmahnya. Tuhan telah menjadikan aku lebih kuat dan sedar yang setiap apa yang aku kehendakkan belum tentu menjadi milik aku. tetapi aku tetap bersyukur. Bersyukur kerana DIA telah menemukan aku dengan dirimu. Andai telah ditakdirkan dirimu bukan milikku, aku Redha. Redha dengan ketentuan NYA. Tetapi janjiku, kau lah lelaki pertama yang sentiasa tersemat di lubuk hatiku.