Selasa, 1 Oktober 2013
Rupanya abg masih baca :)
hi abg, malam tadi bila abg cakap yang abg masih baca apa yang saya tulis. saya gembira sangat. abg rindu kat saya ya? heeee :) saya pun rindu kat abg juga. saya senyum sampai telinga hari ni. sebab abg. abg keja rajin2 okei. saya doakan abg sentiasa sihat dan sejahtera walau kat mana abg ada. i love u.
Khamis, 22 Ogos 2013
sakit lagi :(
abang, saya rasa kan saya seharusnya tidak berjumpa dengan mereka sejak mendaftar dahulu. kalu lah ditakdirkan tinggal di penempatan lain mesti saya tak bersama mereka. mereka hanya tahu pentingkan diri mereka ja. mereka selalu laungkan yang susah senang sama-sama. tapi hakikatnya sewaktu saya berada dalam keadaan yang menyedihkan mereka hanya reti melarikan diri. bila waktu saya kesempitan mereka hanya pandai berpura-pura mengambil berat. apa yang telah saya buat kepada mereka sampai mereka sanggup layan saya macam ni. bukan kehendak saya nak melarikan diri. tapi terpisah macam ni buat saya sedar dan rasa bersendirian lebih baik. ya. saya tak perlukan mereka.
Rabu, 3 Julai 2013
Tak sangka.
tak sangka, dulu waktu mula-mula kau nak dptkan ape yang kau idam2kan, kau berlembut dengan bapak aku, kau tunjuk kau lemah lembut, tunjuk kau baik. kononnya kau ni bagus. dah lumrah keluarga aku bukan jenis yang memilih, akhirnya kau dapat apa yang kau nak kan.. sejak tu, kau mula tunjukkan sikap yang berlainan, semakin kau kaya, semakin kau jauh dari kami. ya.... memang kami tak sesenang kau, tak sekaya kau, tapi kami masih ada harga diri, tolong hormati kedua ibu bapa aku, tolong hormati abg sulung aku. selama ni, kami langsung tak bersuara, kami langsung tak berkata apa-apa. tapi makin kau besar makin kau lupa diri. kau lupa nilai kekeluargaan yang dulu kau bertandang kerumah kami untuk menjlinkan ikatan persaudaraan. dan sekarang ni ko letak nilai2 tu kat belakang sebab kau dah berjaya. kau kurang ajar dengan abg sulung aku, lelaki yang dulu kau mintak izin. aku tak kan maaf kan ape yang telah kau buat kat keluarga aku !
Khamis, 9 Mei 2013
cinta Ini Belum Mati, Sentiasa Tersemat di Hati :)
Cinta yang Berlalu dahulu sentiasa menjadi peneman hidup ku yang setia. Aku sering dibuai kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Kenangan yang begitu memberi kesan dan bekas dalam hati ku. Aku juga tidak tahu mengapa, tapi cinta itu lah yang memberi aku kekuatan untuk aku terus merindui dirinya walau aku tahu aku tak mampu memiliki dirinya. Aku semakin jadi wanita yang kuat walau aku sentiasa mendambakannya. Setiap yang terukir diwajahnya masih aku ingat sehingga kehari ini. semuanya masih segar dalam ingatan. Setiap tutur kata dan bait-bait cintanya dulu masih terngiang-ngiang walaupun masa telah lama meninggalkan aku. Ya, aku sememangnya masih cintakan dirimu abg. Aku mengakui semua yang terjadi ada hikmahnya. Tuhan telah menjadikan aku lebih kuat dan sedar yang setiap apa yang aku kehendakkan belum tentu menjadi milik aku. tetapi aku tetap bersyukur. Bersyukur kerana DIA telah menemukan aku dengan dirimu. Andai telah ditakdirkan dirimu bukan milikku, aku Redha. Redha dengan ketentuan NYA. Tetapi janjiku, kau lah lelaki pertama yang sentiasa tersemat di lubuk hatiku.
Jumaat, 22 Februari 2013
muka dia ada dua ..!!
saya bukan rasa terlalu sedih atau rasa nak menangis. tapi saya cuma terkilan. Mungkin memang sudah nasib saya. tapi saya tak pernah pun menyesal lahir dan hidup dalam keadaan serba kekurangan. sebab, keadaan itu lah yang mendidik dan mengajar saya erti kehidupan, lebih menghargai apa yang saya miliki. Dan saya juga terdorong untuk mengubah nasib keluarga. cuma saya terkilan dengan seorang kawan yang terlalu dekat dengan saya tapi entah lah..mungkin dia tak pernah hidup susah, sebb tu dia boleh mengatakan begitu..apa yang dia katakan tak apa biarlah rahsia.. asalkan saya lega bila dah luahkan disini :(
Langgan:
Catatan (Atom)