saya masih tak dapt cari lelaki yang berjaya menggantikan awak abg.
awaklah yang terbaik, sepanjang saya mengenali awk, awak lah pasangan yang terindah pernah saya miliki.sesungguhnya kehilangan awak membuatkan saya sedar saya telah kehilangan sebuah permata yang sangat berharga, yang sangat bernilai dan yang paling penting yang sangat saya cintai.
kekosongan yang saya rasai sejak perpisahan kita belum pernah terisi dengan sempurna. tidak sesempurna seperti yang awak berikan pada saya dahulu. mulut kata ya, tapi hati saya menidakkan.hati saya berdusta demi kebahagian orang lain sedangkan saya merana berjauhan dengan awk. seperti malam yang saya lalui kelam sepanjang masa,tiada cahaya yang mampu menerangi jalan dan kehidupan saya.
saya perlukan abg, untuk bimbing saya. bukan kerana si dia tak mampu membimbing saya, tapi kerna hati saya telah sepenuhnya diserahkan pada awak sejak perkenalan kita dahulu.
adakah perlu untuk saya merana sepanjang hidup saya?????
walau pun bibir mngukir senyuman,hati sentiasa merintih merindukan seseorang...iaitu abg.
andai kata kita tetap tiada jodoh walau sehingga kita ditelan usia abg, percayalah cinta ini tetap mekar seiring dengan air mata yang sentisa berlinang..
abg saya terlalu cintakan awk.... ;(
sehingga setiap kali saya menulis warkah ini saya pasti akan berteman dengan air mata dan kenangan yang sentiasa menghangat kan hidup saya.. hiduplah dengan bahagia abg, jangan jadi seperti saya..